LTAK ngerikod 3.6 juta iku mensia mayuh bekenaka penyangkai nya

Penyampau 3.6 juta mengsia ari dalam enggau serata dunya udah bekenaka palan LTAK ba taun 2010 enti dibandingka enggau Palan Penerebai Bilun Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke nerima 34 juta mensia ditangkanka Kota Kinabalu nerima urung 5.2 juta sereta Bayan Lepas ba penuduk lumur tiga nerima 4.2 juta mensia.

Semua pengari parti Barisan Nasional udah dibantai

Entelah pasal sapa chalun Barisan Nasional (BN) ti deka bediri diatu udah ditemu. Semilan belas mua baru bisi dibantai ba pengawa bepilih besai DUN Sarawak ti ke-10 kena 16 April tu ila nyerumba pengawa ngantung nama kena 6 April.

19 muka baru dicalonkan

Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 70 bakal calon untuk pilihan raya negeri ke-10 dengan 19 muka baru. Manakala calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) BaKelalan yang diperuntukkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diumumkan kemudian.

Orang ramai kerumun Najib dalam tinjauan mesra

Hujan renyai tidak menghalang orang ramai berpusu-pusu sekitar Bukit Gelugor di sini bagi menyambut ketibaan rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri, yang membuat tinjauan mesra.

Penghasut akan kalah: Taib

Pembangkang yang gemar menghasut rakyat dengan pelbagai dakwa-an untuk memburuk-buruk-kan kerajaan BN dijangka tewas pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, 16 April ini.

Saturday, January 21, 2012

Perginya Izwan Pilus

Izwan pilus,seorang penyanyi dan juga seorang pengacara sambilan telah meninggal dunia petang kelmarin akibat daripada jangkitan kuman tikus dan juga darahnya yang dijangkitan kuman yang mengakibatkan organ dalaman beliau gagal berfungsi.Al-fatihah

izwan pilus telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam daram,al-fatihah

Wednesday, January 18, 2012

AIM agih RM22,000 kepada 11 ahli ditimpa bencana kebakaran

BINTULU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengagihkan sejumlah RM22,000 kepada 11 ahlinya yang juga mangsa kebakaran Rumah Ambok di Tatau baru-baru ini.

Pengurus AIM Cawangan Bintulu Mahathir Muslem berkata, setiap ahli AIM menerima RM2,000 daripada sumbangan itu.

Turut hadir dalam penyampaian sumbangan itu ialah Penolong Pengurus Wilayah Utara AIM Sarawak Zulkefli Chei Mei, Ketua Komuniti merangkap Pengerusi Lembaga Perwakilan Sahabat Perempuan Ikhtiar Bintulu (KWIB) Rabiah Kameri dan ahli jawatankuasa KWIB lainnya.

Mahathir berkata, sum-bangan di bawah Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) AIM itu diberikan bagi meringankan beban ahli atau yang telah terjejas akibat bencana serta untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli-ahli AIM.

“Sumber dana TKKS adalah daripada sumbangan RM1 setiap bulan yang dibayar dua kali setahun oleh ahli-ahli, sumbangan halal (CTK) satu peratus daripada pembiayaan dan sumbangan AIM sebanyak RM120,000 setahun,” katanya.

Skop faedah TKKS melibatkan kematian, rawatan penyakit kronik, kemasukan ke hospital, kemusnahan rumah dan kemusnahan projek ahli.

“Kami mengharapkan TKKS akan dapat membantu meningkatkan tahap kebajikan dan ahlinya serta imej AIM di mata masyarakat,” tambah Mahathir.

AIM CawanganBintulu te-lah ditubuhkan pada 1999 dengan ahlinya seramai 2,427 orang pada 31 Disember 2011.

Tahun lepas AIM Bintulu di-peruntukkan kira-kira RM5.4 juta dan skop operasinya meliputi Blok Tamin, Selangau, Ta-tau, Jepak, Kidurong, Sebauh dan bandar Bintulu, katanya.



S’wak dijangka hasilkan 7,000MW elektrik, RM20b pelaburan

KUCHING: Sarawak dijangka menghasilkan 7,000 megawatt (MW) tenaga elektrik menjelang tahun 2020 yang akan menarik pelaburan bernilai RM20 bilion, dedah Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjotveit.

Beliau berkata, kebanyakan bekalan tenaga yang diperolehi adalah daripada projek hidroelektrik (HEP) berbanding daripada stesen tenaga arang batu.

“Bagi tempoh lapan tahun akan datang, kami yakin untuk menghasilkan kira-kira 7,000 MW tenaga elek-trik yang akan menarik pelaburan besar iaitu kira-kira RM20 bilion,” katanya pada Majlis Taklimat dan Media Luncheon 2012 SEB di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambahnya kebanyakan tenaga itu diperolehi dari empangan HEP yang ada seperti empangan gergasi Bakun, Murum, Pelagus, Baram, Limbang dan Lawas.

“Tenaga elektrik daripada em-pangan-empangan ini berkemungkinan dengan mudah mencapai 6,000MW dan bakinya disumbang daripada stesen jana kusa arang batu dari Mukah, Balingian dan Nanga Merit,” kata Torstein.

Beliau berkata, tiga daripada lapan turbin Bakun kini sedang menjana elektrik manakala selebihnya akan mengeluarkan tenaga menjelang akhir tahun ini.

Bagi Empangan Murum katanya, kini 55 peratus siap dan projek dijangka siap menjelang hujung tahun.

Kerja-kerja penakungan air di Murum pula dijangka dilakukan bermula pada awal tahun depan.

Beliau berkata, SEB akan meningkatkan kepakaran di Empangan Murum dengan menghantar kakitangan menjalani latihan lanjut ke China dan Tasmania, Australia.

Mengenai pembangunan perniagaan terkini, Torstein mendedahkan bahawa tahun lepas sahaja, SEB te-lah menandatangani memorandum persefahaman (term sheets) dengan lima pengguna tenaga utama iaitu

Press Metal Bhd, OM Holding, Asia Mineral Bhd, Tokuyama Corp dan PLN, yang memerlukan gabu-ngan tenaga berjumlah kira-kira 1,800 MW untuk kilang mereka.

“Setakat ini pelaburan yang dirancang kira-kira RM9.5 bilion untuk membina kilang di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu,” kata-nya.

Sementara itu Torstein memberitahu bahawa Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi Kongres Sedunia Persatuan Hidro Antarabangsa (IHA) bermula 21 hingga 24 Mei tahun depan.

Kongres Sedunia IHA 2013 itu akan mengetengahkan pemain- pemain utama dari seluruh dunia

JPJ adakan penguatkuasaan mulai 16-30 Jan

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak me- mulakan penguatkuasaan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2012 mulai 16 hingga 30 Ja-nuari ini.

Menurut kenyataan akhbar di-keluarkan JPJ semalam, objektif penguatkuasaan JPJ adalah mempertingkatkan ‘perception of being caught’ (POBC) di kalangan pemandu agar mereka memandu de-ngan lebih berhati-hati dan me-matuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

Di samping itu, ia juga untuk mempertingkatkan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, pelaksanaan tugas operasi termasuk pemeriksaan bas-bas ekspres di Terminal Bas Eks-pres Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bermula dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam pada tarikh-tarikh tersebut di atas.

Pemeriksaan bas di terminal bas meliputi penguatkuasaan peraturan di bawah kaedah 10B RTR iaitu peraturan pemandu kedua, buku log dan pemanduan yang melebihi lapan jam dalam tempoh 24 jam, menjalankan pemeriksaan berhubung keadaan brek dan tayar bas ekspres yang akan melakukan perjalanan melebihi 300km atau empat jam perjalanan.

Operasi berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Baha-gian Narkotik Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan bagi menjalankan pemeriksaan urin untuk mengesan pemandu bas yang mengambil dadah.

Operasi penyamaran (tidak ber-uniform) sebagai penumpang bas turut dijalankan dengan meng- ambil gambar bagi mengesan ke-salahan-kesalahan seperti gagal me-matuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengguna-kan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan kesalahan yang menjurus kepada kemalangan.

Selain itu anggota penguat kuasa juga akan menjalankan operasi secara statik dengan memasang lampu mata arah di kawasan black spot.

JPJ juga akan mengadakan ope-rasi khas motosikal secara berse-padu bersama agensi-agensi pe-nguatkuasaan lain dalam tempoh berkenaan.



Mesti Baca....Jangan Ketinggalan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More